Tiga puluh lapan: Gadis itu



Siapa tahu, gadis itu yang sentiasa tersenyum riang di khayalak ramai. Tapi, terkadang kalanya dia menangis ketika sendirian. Kelihatannya, dia sangat bersemangat. Namun, hakikatnya dia yang memerlukan semangat itu.

Kelihatannya dia sangat kuat, tapi hakikatnya dia sangat lemah dan hanya memberikan senyuman palsu untuk menceriakan dirinya.

Siapa tahu, gadis itu yang sentiasa mempunyai masalahnya sendiri. Namun, dalam masa yang sama dia boleh menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan diri gadis itu masih punyai masalah yang jauh lebih besar yang belum selesai.

Ya, gadis itulah!

Gadis itu juga sentiasa menyakinkan orang lain. Namun, sebenarnya dia yang sedang menyakinkan dan kekuatan dalam diri sendiri. Gadis itu sentiasa mencuri masa untuk bergembira dan mengembirakan hati orang lain walau hatinya sering sakit. Sentiasa menjaga hati manusia lain walau hakikatnya dia sering pendam rasa.

Ya, gadis itu masih lagi mampu mengukir senyuman.

Sering gaids itu mengadu masalahnya pada sang Pencipta. Namun, tekanan sekeliling membuatkan gadis itu menangis tanpa sedar.

Gadis itu memerlukan insan untuk mengadu. Tetapi, aduan itu disalah ertikan. Lalu, gadis itu terus menyimpan perasaan itu sehingga dipendam di dalam dasar hatinya sendiri. Pendam hingga terpadam, itulah adalah yang terbaik bagi gadis itu.

Terang itu tidak bererti selamanya terang. Terkadang sepi dan gelap juga tetap akan menghantui kita. Sepi itu datang bukannya sendiri, hakikatnya sepi itu datang dengan berjuta pengharapan dari Tuhan. Tuhan meminta kita sujud mengenangkannya. Tuhan minta kita sentiasa ingat padaNYA. Melebihi ingatan kita pada makhluknya yang lain. -bait bait kata @gadismonolog




Siapa sahaja yang mahu mendengar masalah gadis itu.?
-Tiada siapa

Hanya Allah hang maha mendengar. Setia mendengar rintihan gadis itu. Kerana sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik pendengar. Allah tempat gadis itu berlindung dan bergantung harap. Bukan lagi manusia.

Adakah sampai saat ini, gadis itu masih merintih? Tiada yang tahu, hanya Allah maha mengetahui.

Akan ku sampaikan pesanan pada gadis itu bahawa Allah ada sentiasa bersamanya. Kuat wahai gadis itu!





Ya, aku akan kuat!
In Sha Allah, Allah sentiasa bersamaku (^^,)




0 orang dok baca: