^^ HB 1st Dear



20 Feb 2012

Hari jadi fras yang pertama. selamat hari jadi anak ibu. ibu dan ayah sayang sangat kat firas. moga firas menjadi anak yang soleh, bijak, baik, mendengar kata orang tua, hormat pada orang tua, dan segala-galanya yang baik. jauhkanlah firas dari anasir-anasir jahat. :)

dan, pada hari kelmarin (khamis) barulah ibu dan ayah sempat menyambut hari jadi firas yang pertama ini. itupun setelah gaji masyuk, barulah ibu dan ayah sempat nak menyambutnya. hehe..kesian anak ibu. tapi, sebenarnya mgu lepas pada 19hb feb pun kami sempat sambut bday firas secara kecil-kecilan di rumah atok dan maktok. tapi, hanya makan bubur merah sahajalah yang mana ianya dimasak oleh buyut firas (nenek sedara aku-nek ngot). hehe bersempena keberangkatan atok dan maktok yang pergi mengerjakan umrah bermula 20hb feb 2012 sehingga 2 mac 2012 ni.

Jadi, pada hari khamis kelmarin, kiteorang sambut bday firas secara kecil-kecilan juga di rumah atok abah di air hitam.. firas teruja nak tiup lilin :), sebenarnya ayah dan ibu nya yang tolong tiupkan sekali. hehe..
terima kasih pada atok abah, nenek, makcik2 firas, pakcik2 firas yang sama-sama celebrate bday firas. firas sayang korang. hehe..

p/s: jangan lupa adiah firas hek..firas tungguuuuuuuu ^^

3 orang dok baca:

alyyani said...

Happy 1st birthday firas!

naney said...

hepi besday firas..:)

mrs.lazura said...

tq anty alya :))

tq too anty naney :))