Salam semua..
agak lama menyepi dari dunia blogger. bukan apa, semasa di akhir-akhir kehamilan aku rasakan agak malas nak mengemaskini blog aku disebabkan kondisi yang tidak berapa nak stabil. dan kini aku sedang berpantang. alhamdulillah.
Syukur sangat..aku telah selamat melahirkan baby boi ku yang ke dua. ^^ sungguh rapatkan? well, aku pun tak sangka akan ada anak serapat ini. tapi, dah rezeki aku. aku bersyukur atas kurniaan dari yang ESA. anak aku yang ke dua ni sesihat abangnya firas. dipermudahkan urusanku dalam melahirkan baby faris ni. oh yer, baby yang ke dua ni namanya muhammad faris. cuma terbalik sahaja dengan abangya muhammad firas :).
jadi inilah muhammad faris bin muhamad fauzi :)
Sesepet abangnya dan juga baka kuat sepet dari ayahnya. huhu gen aku yang bermata bulat ni telah dikalahkan oleh gen sepet ayahnya :).
Kelahiran kali ini adalah tanpa induce. huhuh..walaupun tanpa induce, tetapi sakitnya seperti induce juga cuma tidak kerap. aduyaiii. sakitnya hanya Allah yang maha mengetahui dan aku sangat berterima kasih dengan suamiku yang sentiasa ada di sisi ketika aku sedang sakit sesakit-sakitnya. huhuhu thanks yang! ^^
ok..sekarang ni firas macam sudah memahami akan kehadiran faris. jadi, aku kene bersedia mental dan fizikal. huhu..firas anak yang baik kan? jadi abang yang baik ye sayang... huhuhuhu :)
2 orang dok baca:
berkali2 aku membacanye. bila masa ko pregnant tup2 dah kuo no 2. waaaa sungguh aku speechless! apapun tahniah babe. 2 dah hero ko ye. mmg molek lah kita berbesan. hahahaha... nanti bg petua camne nak dpt baby boy ye :)
oooo dapat rezeki lagi rupanya. Patutlah senyap memanjang... Apa-apa tahniah.
Post a Comment