Banjir "



Alhamdulillah....

Hakak kembali bersiaran setelah 2 hari akak makan hangin dekat sini-sini aje dan taksempat nak hapdate apa-apa. (",) Korang apa khabar? Sihat? Harap semuanya ok sahaja. 

Tapikan...aku kesian dan simpati dengan nasib yang menimpa rakan-rakan di pantai timur khususnya terengganu. Kali ini banjir besar berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Kuantan dan juga sedikit kawasan di negeri Perak juga dilanda musibah. Subhanallah. Sesungguhnya apa yang dikehendaki oleh Allah SWT tu terjadi jua. Kun Fayakun. Mari kita bersama-sama memanjatkan doa agar hujan akan rede dengan cepat dan mereka yang dilanda musibah akan selamat semuanya. Amin. 



Rakan guru sekolah aku juga ada di sana sekarang bersama-sama dengan suaminya. Moga dia dan keluarga baik-baik sahaja.. Rakan-rakan maktab dahulu pun kebanyakkannya berasal dari pantai timur. Tapi, setelah mendapat tempat posting ramai yang keluar dari timur dan ramai yang mengajar di barat dan juga selatan. Apapun aku harap banjir di#pantaitimur akan surut dan semuanya akan kembali seperti sedia kala dengan segera. 10 hari lagi sekolah bakal di buka..moga murid-murid akan dapat bersekolah seperti biasa. Insyallah

Tapikan korang......aku dengar khabar ada ura-ura mengatakan yang negeri Johor berada dalam keadaan berjaga-jaga 28 Disember ni. Berkemungkinan Johor akan banjir besar juga. Ya Allah.. selamatkanlah kami semua.. Perliharalah kami. 



Hujan adalah rahmat dari yang Esa,  janganlah kita mengeluh ketika turunnya hujan. Doa kita akan mustajab ketika hujan turun dengan izin dariNYA. Maka, Bersyukurlah dengan rahmat yang diberikan Allah. Sesungguhnya ada hikmah dan peringatan yang ingin diberikan oleh Allah SWT. 



#prayforpantaitimur
#prayforjohor



0 orang dok baca: