empat puluh dua: pilihan
hurmm...pernah tak kita terfikir segala pilihan yang kita buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Allah SWT.?Tak Pernah? hek? SEBAB tu awak susah redha. Ehh!
Boleh ke kita memilih?
Terkadang kita terfikir, kenapa buat pilihan begitu begini. Terkadang kita berharap masa berputar kembali supaya kita boleh membuat pilihan yang lain. Yang lebih baik.
Sebenarnya...
Kita silap. Kalau semua benda boleh diputar kembali, tidak adalah benda yang dipanggil HIKMAH, bukan?
Kita buat pilihan, tapi pilihan tu tak mebahagiakan kita. Kenapa? Adakah kita salah pilih? TIDAK! sebab ia dah ditakdirkan. Ehhh! bukan maksudnya kita kena salahkan takdir. Pilihan yang kita buat itu sebenarnya atas izin ALLAH SWT.
"KUN FAYAKUN"
Ingat! semua ini berlaku atas izin-NYA! Ada sebab kenapa terkadang Allah jadikan pilihan kita salah. Sebabnya ALLAH nak kita belajar sesuatu dari situ.......HIKMAH -GM.
Contohnya..kita suka pada seseorang. akan tetapi orang tu mengkhianati kita. Kita mesti fikir, "Alangkah bagusnya masa boleh diputarkan kembali, dah tentu kita tak pilih dia". Tapi, kita silap.. Allah izinkan kita rasa cinta dan kecewa sebab Allah nak ajar, ada cinta yang tak perlu dilayan jika belum tiba masanya.
Tapi, bagaimana pula dengan rasa cinta pada seseorang yang lain sedangkan kita sudah berpunya? Tepuk dada tanya hati. tanya iman.
Allah itu maha mengetahui. Dia tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa kita hambaNYA. Bukan sengaja DIA bagi rasa sedih kecewa duka. Tidak sama sekali!
Allah maha berkuasa. Allah bekerja dengan penuh rahsia. penuh dengan rasa cinta dan kasih pada hambaNYA. DIA berikan kita kesedihan supaya kita belajar sesuatu dari pilihan. Jika pilihan yang kita buat sekarang menyedihkan. move on.! Di hadapan kita ada pelbagai pilihan yang lebih baik. IN SHA ALLAH.
Tiada gunanya kita bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. Sedangkan Allah berikan kita nafas supaya kita teruskan hidup serta menghadapi hari-hari mendatang.
Dan apa jua pilihan yang kita buat, sama ada akhirnya kita gembira, suka mahupun kecewa kita belum mati. Masih ada masa untuk buat sesuatu.
Kecewa, bahagia, senyum, menangis, gembira, there's so much to LIVE in this life and it's all worth it.
So, live your life, smile and always pray to Allah.
Nukulan @gadismonolog insta
-sekian
-till then
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang dok baca:
Post a Comment