tiga puluh tujuh: istana pasir



Hari semakin larut. Aku gunakan sedikit masa ini untuk mencoret rasa hati sebelum meneruskan langkah yang tidak pernah akan balas.

pernah hati kecil ini bermonolog sendiri, ujian boleh diibaratkan seperti membina istana pasir yang sukup cantik di tepi pantai. Puas kita menjaga istana pasir itu dengan berhati-hati agar tak merosakkan mana-mana bahagian yang telah siap. Penat kita mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari untuk membina istana itu tanpa pernah menyangka ia akan musnah akhirnya kerna........ianya dibina di tepi pantai.

Tapikan...
hakikatnya di sudut hati kita telah mengetahui bahawa pastinya istana pasir yang kita bina itu bakal dibadai ombak, kan? Tapi..kita tetap meneruskan jua walaupun tahu ianya tak kan bertahan lama.

Ya.

Begitu jugalah dengan kehidupan. Segala apa yang kita ada pada hari ini sudah pasti akan dipulangkan kepada Allah. Tuhan yang mencipta kita. Well said, itulah hakikatnya. Walau sebanyak mana vitamin yang kita makan, sekuat mana kita bersenam, hanya dengan lafaz kun faya kun, semuanya boleh terjadi. Kalau dah dijemput malaikat, maka puanglah jua kita kepada Tuhan yang berkuasa.

Tapi, sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Seperti mana apabila dihilangkan mentari dan didatangkan dengan guruh dan kilat, diikuti pula hujan serta ribut yang membadai ombak. Kelihatannya sangat dahsat dan menggerunkan. Kita tak tahu, rupa-rupanya pelangi bakal menjelma.

Firman Allah dalam surat cintaNYA, Surah Aq-Qaf,16: "Sesungguhnya telah kami jadikan manusia dan kami ketahui apa-apa uang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri".

Jadi, jika kita menyangka yang buruk-buruk kepada Allah maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berfikir positif dan sentiasa bersyukur, pastinya Allah itu dekat, lebih dekat daripada apa yang kita sangkakan.

Terkadangkan,

Allah hilangkan sekejap mentari dan Dia datangkan pula guruh serta kilat. Puas kita menangis, merintih, menunggu dan mencari ke mana hilangnya mentari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Manis, bukan?


Nukilan: @gadismonolog insta


0 orang dok baca: