2016 8: Pelangi



Pelangi sangat indah. Kadangkan ada kadangkan tiada. Akan tetapi ianya pasti ada usai sahaja hujan dan guruh melanda. Ceritera kau seakan pelangi yang ada. Walau kau jauh untuk digapai, pastinya kau selalu ada tatkala aku bergundah gulana. Pelangi yang indah, hadirnya kau sangat bermakna usai sudah hujan dan guruh tiba. Kau adalah pelangi yang menghiburkan aku biarpun hanya seketika sahaja. Kau mewarnai hari hari aku walau kini kau jauh dari aku.


Bersinarlah untukku wahai pelangi yang cantik. aku mahu menjadi pelangi sepertimu yang dekat denganmu selama-lamanya hingga ke syurga. Moga aku kan selalu bersabar dan Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dan haruslah aku bersabar dan sentiasa tanamkan sifat sabar.



#Monolog diri

0 orang dok baca: