2016 9: Mampukah aku?



agak lama aku tidak mencoret di sini. keadaan kini agak tidak mengizinkan aku untuk berbicara. banyak benda yang bermain dan berlegar-legar di fikiran aku sekarang. mampukah aku? mampukah aku untuk bahagia?

kebahagiaan yang dikehendaki telah dicalari oleh kisah-kisah silam yang cuba untuk aku lupakan. Akan tetapi, ianya agak susah untuk aku hindarkan.

untuk menipu pada mereka tentang kebahagiaan aku yang selama ini hanya Allah swt sahaja yang tahu itu suatu perkara yang susah untuk aku harungi. Selama mana dapat aku hadapi? Hanya Allah yang tahu isi hati ini.

Redha? susah untuk aku katakan di sini. hanya mereka yang paham apa yang telah apa aku hadapi akan dapat mendefinisikan erti redha itu. bukan aku untuk menidakkan ketentuan dari Allah dan jauh sekali untuk tidak mendapat keredhaan dariNYA. satu yang dapat aku simpulkan, aku hanya perlukan MASA.

berikan aku masa dan berikan aku ruang.

#monolog
#kebenaran


0 orang dok baca: