Empat Belas: Throwback Double F
Assalammualaikum semua
aku tengah synchronized komputer di rumah ni. cewahhhhhhhh synchronized la konon. (^^,) sedang aku belek gambar-gambar lama..aku tertengoklah kat gambar anak-anak aku si firas dan si faris ni. SEPET!. benda pertama yang terpikir kat otak aku bila aku tengok gambar ni. kuat betul gen bapak budak-budak ni. tak apalah, walaupun double f ni tak ikut aku sangat si mata boolat ni..tak mengapalah. asalkan double f ni anak-anak aku. aku yang mengandungkan mereka dan aku yang melahirkan mereka. alhamdulillah. ^^
sampai ke hari ini gen sepet abang a.k.a firas sangat kuat, manakala gen sepet adik a.k.a faris semakin berkurangan bila dah besar ni. si abang berambut lurus dan tebal, si adik pula berambut curly dan nipis . (ambil gen aku kot si adik nih) :))
nombor tiga? ontah lah. yang aku tahu sekarang ni aku nak besarkan anak-anak aku ni dahulu. bagi pendidikan yang baik..selari dengan agama islam. insyallah.
oklah aku nak sambung throwback gambo-gambo lama ni. gambar zaman aku kuruihhhh pun ado. haishhhhhhh beza benor dengan sekarang nih. huhuhuhuhu sabo ajelar.
chow
Tiga Belas: Cover Bukuku
Minggu trasnsisi untuk murid-murid tahun satu dah berakhir minggu lepas. Minggu ni Pdp berjalan seperti biasa dan aku dah bersemangat nak mengajar anak murid aku yang 'ramai' sangat tu. ^^ aku ni takde pengalaman nak mengajar subjek bahasa malaysia tahun satu sebab aku tak pernah mengajar subjek ni directly sebab sebelum ni pun aku ngajar saki baki orang lain. :)) sebelum ni pun aku mengajar subjek english tahap satu dan kali ni subjek bm pula. jadi aku malas nak bertelagah, maka layankan sahajalah.
Aku bernasib baik sebab ada ramai otai-otai yang boleh dihubungi kalau aku tak paham cam mana nak ngajar sebab sekarang ni semua dah tukar kssr lah itu lah inilah, kan bagus kalau kbsr dn ppsmi ni diteruskan... hurmmmm moga-moga anak-anak aku nanti dapatlah catch up apa yang berlaku kat pendidikan negara ni akan datang. insya Allah (",)
jadi tahun baru ni aku semangat sikit nak menghias bagai kat RPH aku. RPH = Rancangan Pengajaran Harian. Tahun ni aku menempah khas 'baju' a.k.a sampul special kat buku RPH aku tu. ^^ dan aku tempah khas dari sorang cikgu ni..pada mulanya aku tak tahu yang elyn ni cikgu, aku dok browse instagram dan kemudian whatsapp dia dan borak dan borak dan borak dan aku menyatakanlah yang aku berminat nak menempah cover rph dengan dia yang mana ianya telah berjaya membuat aku tertarik dengan corak kainnya, design yang ada serta harganya yang berpatutan. ^^
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Petit Blour by elyn. Kalau korang berminat boleh search instagram dia Petit Blour. Macam-macam pattern dia buat, bukan sahaja cover RPH tapi cover passport, zipper pouch, needle case dan macam-macam lagi. Cantik-cantik dan comel-comel belaka design nya.
Moga aku akan terus bersemangat nak mengajar dan mengajar dan memahamkan anak-anak murid aku. amin amin amin ya robbal alamin.
CHAIYOK FEI! ^^
Dua belas: Aku Cuti-Cuti Singapore
Aku dah janji kan nak cerita kemana aku pergi jumaat lepas? ^^ aku dan kawan-kawan aku ke pulau sentosa, singapura. yeayyyy.
ni kali kedua aku ke sana tapi berlainan tempat. Yang pertama dulu aku ke USS semata-mata. Tapi kali ini aku ke Sea Aquarium Singapura, Muzium Trick eye dan Madame Tussauds Singapura.
Sepatutnya kita orang pergi tme cuti sekolah bulan dua belas yang lepas, tapi disebabkan ada kekangan di pihak aku makan ditunda ke bulan satu. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang memahami. ^^
yang penting encik somi bagi dan dia tolong jaga anak-anak. heheehe nasiblah ye encik somi, dapat puan bini yang suka berjalan-jalan melancong. yang penting juga pandai jaga diri dan maruah suami. insyallah (^^,)
aku dan juli bergerak ke jb pada jam 615pagi dan sampai di danga bay jam 730pagi. nasib baik bus belum bergerak lagi..hehehe 745pagi barulah bas bergerak menuju ke imigresen yang mana memerlukan dua kali kiteroang turun naik bas. satu di imegresen jb dan satu lagi di woodlands. Sakit kaki woooo turun naik turun naik bas plus drive jauh bp ke jb. heheehhe tapi xpe, demi rakan-rakan sekalian ku gagahi jua ^^.
Cuaca sangat baik pada kali ini. nyaman damai dan panas pun tak panas sangat. semuanya rasa tenang dan baik.
Kiteorang sampai jam 1020 pagi dan tempat pertama yang kami tuju adalah SEA AQUARIUM SINGAPORE. besar betul dalamnya dan banyak jenis ikan yang ada dalam ni. Konsep sama seperti Aquaria. akan tetapi SEA AQUARIUM SINGAPORE ni lagiiiiiiiiii besar ^^.
Rata-rata di sini semuanya speaking kerana bahasa utama mereka adalah english. dan nasib baik english aku ok, jadi senanglah sikit untuk berbicara. ^^
Agak banyak juga gambar yang diambil oleh rakan-rakan aku. dan kebanyakkannya ada di dalam FB. kalau korang nak tengok boleh jenguk photo album FB aku k. aku upload sikit je kat sini :))
Suka dapat kawan-kawan yang kaki jalan. So next trip ke manakah kita?
?
?
^^
chow
Sebelas: Aku MC
aku sakit hari ini.
aku tak dapat datang kerja.
aku tak sempat nak berblog
tunggu aku sihat ye.
till then..
chow
Sepuluh: Aku tak sabar dah ni
Lagi dua hari je ni...
sabarlah fei, x lama je lagi..
aku tengah sabarlah ni..kalau boleh hari ni nak juga aku pergi..
hehehehe...cewahhhh intro aku ntah hape hape ntah
aku nak bagitahu sikit je dan aku harap ianya akan terjadi kali ini. Insya Allah. lagi dua hari je hari jumaat nak sampai. aku tak sabar nak keluar dari malaysia ni. ahakssss. bukannya aku tak nak cerita, tapi aku takot tak jadi kali ni dan aku yang rasa sakit nanti.. jadi, biarlah rahsia dulu ye... tunggu aku balik baru aku hapdate ^^
aku nak pergi dengan kawan baik aku yang dah pindah jb bersama-sama dengan kawan aku yang ada kat bp skang ni. Moga semuanya selamat..
Insya Allah..kalau ianya terjadi dan benar-benar berlaku, aku akan hapdate gambar banyak-banyak ye dalam blog ni. amin
korang doakan hakak ye..
chow
**if u happy and u know it clap your hand**
Clap...clap...
(",) (**,)
Sembilan: AJL#29
Pagi tadi on d way pergi ke sekolah aku bukalah radio..semestinya ERA FM. aku suka dengar era sebab ada geng pagi era terutamanya johan. kalau johan takde, x berapa nak ada mood aku ni. cewah... taklah, aku suka segmen mak jemah tu. johan yang bawawatak linda..memang meletops uuuuuu. ketawa sakan gila dalam kereta sorang-sorang pun jadi, kompem orang sekeliling aku heran apahal minah ni ketawa macam orang gila pagi-pagi ni? haaaaaaaaaaada haku kesah? ^^
Okey, berbalik pada cerita aku awal tadi.....aku dengarlah dieorang bertiga ni si hanip, ray dan johan dok sebut cerita pasai ajl ni. tapi, dieorang tak sebut direct ajl tu..dieorang pi sebut pertandingan nyanyi-nyanyi. heheeheh mula-mula aku agak kompius di situ, tapi lepas dapat tangkap rupanya manalah era ni nak geng sangat dengan hotfm a.k.a tv3. hehehe kan era ni geng ngan astro je. hahahaha lantaklah deme, yang penting mak jemah kena selalu ada hokay. kalau xde...haishhhhh xbest lah rasa hati ni. cewahhhhh
aku tengok ajl malam tadi, tapi terus terang aku cakap aku x berapa nak gemar sangat ajl ni. aku hanya tengok persembahan mojo dan dayang je sampai akhir. yang lain, maaflah...aku tak berapa minat. seriously aku terpegun tengok persembahan mojo. terpegun sungguh. rasa sebak masa CB muncul.. semua rasa ada. lagi-lagi dapat standing ovation tu. memang tak sangka edry buat kejutan macam tu dan tak sia-sia aku minat kru dari dulu lagi. hahhahahaa apakah kaitannya? ^^ dan aku tak buat cerita bukan-bukan yang mana aku rasa sebak dan air mata aku mengalir time mojo a.k.a caliph buskers ni menyanyi. Subhanallah. mereka semua sama macam kita...sempurna sifatnya, cuma mereka cacat penglihatan. mereka tiada nikmat penglihatan bukanlah atas permintaan mereka, akan tetapi tentu ada hikmahnya dari ALLAH yang ESA. TAHNIAH mojo dan CALIPH BUSKERS.^^
gambar dari google ^^
Pagi tadi CB ada datang ERA FM dengarnya, tapikan aku dah start mengajar....nak dengar radio pun tak sompek. sabojeler..
chow
Lapan: Aku sibuk
Lama aku tak tulis kat sini.
Aku sibuk. sungguh aku sibuk. Aku sibuk kat sekolah..aku sibuk siapkan fail-fail. aku sibuk buat ujian.. aku sibuk buat transisi tahun satu. aku sibuk dengan anak-anak kat taska baru. sungguh.. aku takde masa nak cuba resepi baru.. nak masak pun aku sibuk sangat sangat sampaikan masak pun hanya masakan yang biasa-biasa sahaja. mungkin aku perlukan penyusunan masa yang lebih baik untuk aku hapdate dan aktifkan blog aku semula. jika tidak...maka, akan terkuburlah blog aku seperti sebelum ni.
Yang dapat aku katakan..rutin harian aku..
500 pagi aku bangun
600 pagi kejut anak-anak-mandikan-siapkan
650 pagi aku hantar anak-anak ke taska
700 pagi aku gerak terus ke sekolah
715 pagi aku sampai sekolah dan aku punch card
200 petang aku balik terus ambil anak-anak
300 petang get ready nak masak petang sambil melayan anak-anak yang merengek-rengek nak itu dan nak ini
400 petang aku basuh kain-angkat kain semalam-jemur kain yang baru
600 petang siram pokok-pokok-kemas luar yang menyemakkan mata
700 petang get ready nak maghrib-ngaji-iqra'
800 malam buat persediaan untuk esok
1000 malam rehat tengok tv sekejap sebelum mata layu
1100 malam mata layu-tidur
Sekian jadual aku di rumah baru... perlu menyesuaikan diri lagi.
chow
Subscribe to:
Posts (Atom)









