tujuh belas: rumput dah panjang



rumput kat luar rumah dah panjang lar. sekejapje dah panjang..haish.. bilalah nak potong ni dan bilalah tukang mesin rumput ni nak lalu depan umah aku ye? hasihhhhh sejak dok sini memang belum pernah potong dan sekarang ni dah nak masuk dua bulan lebih aku masuk sini, rumput dah mula panjang. huhuhu..bukannya apa..takot jugalah kan kalau-kalau ada haiwan liar yang tak sepatutnya ada. heeeeee jauhkanlah.. janganlah ada... huhuhu serammmmm

nak potong a.k.a mesin rumput sendiri memang kami tak ada mesin rumput tu. parents aku ada, tapi kena balik kampunglah dulu untuk meminjamnya. insyallah kalau rajin minggu ni balik dan ambil mesin rumput tu. kalau malas......... jawapannya tunggu jela orang mesin jumput tu mai lalu depan rumah. ^^




korang nampak tak tembok tu? heeeee heeeee baru siap plaster, tak cat lagi pun. hehehe kite orang duduk rumah ni masa tak siap pun lagi.. disebabkan tak nak bayar dua kali sekali gus, maka kiteorang decide duduklah rumah ni walau tak siap tembok lagi. ^^ kalau bukan kiteorang yang start duduk kat kawasan rumah ni, orang lain tak kan duduk. sebab memasing tolak sana tolak sini.. kiteorang pun tawakallah duduk dan jadi orang pertama duduk di taman ni. redha je..

alhamdulillah setakat ni tiada apa-apa. semoga semuanya baik-baik sahaja. korang doakan ye. amin amin

k korang

chow


enam belas: kasut baru


kasut barulah sangat kan?
#xde jenama pung
#biasa-biasa je



^^ xde maknanya okeh. sebenarnya memang kasut baru pun, baru pakai sekali. hehe kira barulah kan? beli semata-mata pakai masa hari sukan tahun lepas. lepas dari hari sukan tu aku tak pernah pakai lagi. hohoho haaaaa nampak sangat kan aku tak bersukan? manalah tak debab, manalah tak makin gebu? manalah seluar makin tak muat? haishhhhh semua ukuran larik 200 meter berganti-ganti. :P

sebelum sebelum ni aku sangat rajin pergi aerobik, tapi setelah geng aerobik aku a.k.a beshpreng haku berpindah balik ke jaybee, maka aku dah takde kaki aerobik. sedih sangattttt. aku berdoa dari hari ke hari agar kat PR ni adalah kelas zumba ke, kelas yoga ke..tapi nampaknya doa aku belum tercapailah. kalau kelas aerobik tu memang adalah, tapi kena cari kaki aerobik yang ngam lepas ni. sape hek? hurmmmmm....

k lah

chow


lima belas: #pridestour


Aku taip guna handphone je malamni sambil melayan mata nak layu sekejap lagi.. jam menunjukkan tepat 11.50pm tapi aku still tak boleh lelap lagilah.. esok dah lah sekolah.. sabtu mlm ahad aku dah terbiasa tidur lambat tapi sejak johor bertukar hari..maka rasa agak susah sikit nak pejamkan mata.

Aku sebenarnya nak cakap pasal #pridestour ni. Pridestour ni sebuah agent yang berjaya bawa aku dan kawan2 ke sentosa minggu lepas. Sebelum ni aku pergi just gamble je dan tak ikut mana mana agent. Tapi kalini aku try guna servise pridestour. Alhamdulillah bagus dan tidak mengecewakan. Agent nya memang ramah dan memberi kerjasama serta penerangan yg jelas dan nyata. Alhamdulillah. Pridestour ni ada banyak menyediakan pakej tour selain sentosa ni.

Korang boleh review page pridestour ni di mukabuku dan juga instagram. Harga memang sangattttt berbaloi baloi. Insyallah tak merugikan. ;)


Gud night..nak ngorok dah ni..

Chow



Empat Belas: Throwback Double F



Assalammualaikum semua

aku tengah synchronized komputer di rumah ni. cewahhhhhhhh synchronized la konon. (^^,) sedang aku belek gambar-gambar lama..aku tertengoklah kat gambar anak-anak aku si firas dan si faris ni. SEPET!. benda pertama yang terpikir kat otak aku bila aku tengok gambar ni. kuat betul gen bapak budak-budak ni. tak apalah, walaupun double f ni tak ikut aku sangat si mata boolat ni..tak mengapalah. asalkan double f ni anak-anak aku. aku yang mengandungkan mereka dan aku yang melahirkan mereka. alhamdulillah. ^^

sampai ke hari ini gen sepet abang a.k.a firas sangat kuat, manakala gen sepet adik a.k.a faris semakin berkurangan bila dah besar ni. si abang berambut lurus dan tebal, si adik pula berambut curly dan nipis . (ambil gen aku kot si adik nih) :))



nombor tiga? ontah lah. yang aku tahu sekarang ni aku nak besarkan anak-anak aku ni dahulu. bagi pendidikan yang baik..selari dengan agama islam. insyallah.

oklah aku nak sambung throwback gambo-gambo lama ni. gambar zaman aku kuruihhhh pun ado. haishhhhhhh beza benor dengan sekarang nih. huhuhuhuhu sabo ajelar.


chow




Tiga Belas: Cover Bukuku


Minggu trasnsisi untuk murid-murid tahun satu dah berakhir minggu lepas. Minggu ni Pdp berjalan seperti biasa dan aku dah bersemangat nak mengajar anak murid aku yang 'ramai' sangat tu. ^^ aku ni takde pengalaman nak mengajar subjek bahasa malaysia tahun satu sebab aku tak pernah mengajar subjek ni directly sebab sebelum ni pun aku ngajar saki baki orang lain. :)) sebelum ni pun aku mengajar subjek english tahap satu dan kali ni subjek bm pula. jadi aku malas nak bertelagah, maka layankan sahajalah.

Aku bernasib baik sebab ada ramai otai-otai yang boleh dihubungi kalau aku tak paham cam mana nak ngajar sebab sekarang ni semua dah tukar kssr lah itu lah inilah, kan bagus kalau kbsr dn ppsmi ni diteruskan... hurmmmm moga-moga anak-anak aku nanti dapatlah catch up apa yang berlaku kat pendidikan negara ni akan datang. insya Allah (",)

jadi tahun baru ni aku semangat sikit nak menghias bagai kat RPH aku. RPH = Rancangan Pengajaran Harian. Tahun ni aku menempah khas 'baju' a.k.a sampul special kat buku RPH aku tu. ^^ dan aku tempah khas dari sorang cikgu ni..pada mulanya aku tak tahu yang elyn ni cikgu, aku dok browse instagram dan kemudian whatsapp dia dan borak dan borak dan borak dan aku menyatakanlah yang aku berminat nak menempah cover rph dengan dia yang mana ianya telah berjaya membuat aku tertarik dengan corak kainnya, design yang ada serta harganya yang berpatutan. ^^
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




Petit Blour by elyn. Kalau korang berminat boleh search instagram dia Petit  Blour. Macam-macam pattern dia buat, bukan sahaja cover RPH tapi cover passport, zipper pouch, needle case dan macam-macam lagi. Cantik-cantik dan comel-comel belaka design nya. 

Moga aku akan terus bersemangat nak mengajar dan mengajar dan memahamkan anak-anak murid aku. amin amin amin ya robbal alamin.

CHAIYOK FEI! ^^




Dua belas: Aku Cuti-Cuti Singapore



Aku dah janji kan nak cerita kemana aku pergi jumaat lepas? ^^ aku dan kawan-kawan aku ke pulau sentosa, singapura. yeayyyy.
ni kali kedua aku ke sana tapi berlainan tempat. Yang pertama dulu aku ke USS semata-mata. Tapi kali ini aku ke Sea Aquarium Singapura, Muzium Trick eye dan Madame Tussauds Singapura.
Sepatutnya kita orang pergi tme cuti sekolah bulan dua belas yang lepas, tapi disebabkan ada kekangan di pihak aku makan ditunda ke bulan satu. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang memahami. ^^
yang penting encik somi bagi dan dia tolong jaga anak-anak. heheehe nasiblah ye encik somi, dapat puan bini yang suka berjalan-jalan melancong. yang penting juga pandai jaga diri dan maruah suami. insyallah (^^,)

aku dan juli bergerak ke jb pada jam 615pagi dan sampai di danga bay jam 730pagi. nasib baik bus belum bergerak lagi..hehehe 745pagi barulah bas bergerak menuju ke imigresen yang mana memerlukan dua kali kiteroang turun naik bas. satu di imegresen jb dan satu lagi di woodlands. Sakit kaki woooo turun naik turun naik bas plus drive jauh bp ke jb. heheehhe tapi xpe, demi rakan-rakan sekalian ku gagahi jua ^^.

Cuaca sangat baik pada kali ini. nyaman damai dan panas pun tak panas sangat. semuanya rasa tenang dan baik.

Kiteorang sampai jam 1020 pagi dan tempat pertama yang kami tuju adalah SEA AQUARIUM SINGAPORE. besar betul dalamnya dan banyak jenis ikan yang ada dalam ni. Konsep sama seperti Aquaria. akan tetapi SEA AQUARIUM SINGAPORE ni lagiiiiiiiiii besar ^^.
Rata-rata di sini semuanya speaking kerana bahasa utama mereka adalah english. dan nasib baik english aku ok, jadi senanglah sikit untuk berbicara. ^^

Agak banyak juga gambar yang diambil oleh rakan-rakan aku. dan kebanyakkannya ada di dalam FB. kalau korang nak tengok boleh jenguk photo album FB aku k. aku upload sikit je kat sini :))







Suka dapat kawan-kawan yang kaki jalan. So next trip ke manakah kita?
?
?

^^

chow



Sebelas: Aku MC



aku sakit hari ini.
aku tak dapat datang kerja.

aku tak sempat nak berblog
tunggu aku sihat ye.


till then..
chow