#9 Buka Puasa


Aku puasa lagi harini. Alhamdulillah Allah SWT izinkan aku untuk berpuasa lagi dan insya allah esok pun aku akan berpuasa lagi.

Harini menu berbuka aku mee hailam. Sejak puasa ni tekak hanya berselera dengan mee sahaja. Nasi ni kurang pula bernapsu nak makan nasi.

As usual aku lupa nak ambil gambar..hahahaha ketawa sendiri je lah. Jadi..aku gantikan dengan gambar ehsan drp pakcik google nih. Thanks pakcik google, anda memang awesome. Hahaha


Masakan yg aku masak lebih kurang camnilah cumanya tang udang tu takde la pulak. Aku gantikan dengan isi ayam dan fishball serta sayur2ran sahajalah. Anak anak berselera makan. Seronok nengok anak2 makan. Anak2 happy, omak pun happy sokmo. Hehehe
Yg penting perut pun happy. Gendang gendut tali kecapi..perut riang senang hati. Kahhhhh

Harini penuh dengan kisah.. mula2 aku mulakan dengan anak aku yg no 2. Si faris. Alkisahnya, dia mengalami penyakit yang dipanggil kencing tak lawas. Alahaiii siannya anak aku. Aku risau sangat kalau dia sakit yg lebih teruk drp itu dan bersangkut paut dengan buah pinggang mcm omaknya. 

Pi ke klinik dan doktor bagi 2 ubat. Alkisahnya anak nombor 2 ni payah nau nau nak makan ubat dan kena berperangggggg sinsing baju kain tangan bagai. 
Akhirnya nak makan setelah omaknya memujukkkkkk dengan pelbagai cara. Huhuhu oh anakkkkk sabarjelah..

Yg seterusnya anakku sulung as usuallah. Harini di sekolah dia dikehendaki puasa sunat isnin sebagai latihan bulan ramadhan yg bakal tiba x lama lagi. So aku pun temankan lah anakku berpuasa sama. Sekarang jam 10 dia akan dikehendakinsolat dhuha. Moga yg baik2 sahaja mengiringi anak anak anak ku semua.

Dan anakku yg nombor tiga si fatih tu dah pandai bergurau senda dengan abang abangnya. Tak nak kalah kalau bermain. Dia sajaaaaa. Hahahahah as usual ikut omaknya.

Oklah..nak sambung rph. Baiiii

Dan #siscuba masih lagi sedang cuba. Insya allah harap sis okje walau rasa tu lain macam sahaja. Kahhhhhhhhh



0 orang dok baca: