2016 6: Resepi Aku Roti Cheese


Semalam aku masak macam macam sempena cuti sekolah mula. Tapi.... macam macam aku tu masakan biasa aje la. Aku masak nasi goreng.. spagetti bolognoise.. haha sukatije aku hejeee tu.. pastu masak meehun macaroni sup dan juga roti cheese. Hehehe masakan utk dua dewasa dn dua kanak kanak riang. Kuikuikui... bunyi mcm nk kenduri... tapiiiiii sarapan je punnnn 😁.

Okaylah.. aku just nak share resepi roti cheese yg aku buat semalam. Mungkin korang dah tererrrr bangat tapi aku baru nk menererrr nererr kan diri jek 😅.

Kesayangans dua budak kecil yang comel lote tu skang sukaaa mkn cheese dengan mayonis especially si abang. Sooo aku gabungkan keduanya mnjadi satu. Perghh bunyi mcm hebat dan payah kan?? Tapiiii nan hadoo. Benda paling simple jek 😆.

Ok ok melalut... so ni bahan bahannya. Sgt mudah ringkas dan sonanggg jea ^^
..

Roti keping gardenia... sbnrnya mana2 pun ok. Aku dah biasa ngn ni.
Cheese slice. Aku prefer emborg. Haha lupa namanya..
Telur 2 biji... pecahkan dan kacau cam nk buat tlur dadar..
Mayonis...utk sapu atas roti...
Minyak jagung atau butter...


Ni ada gambar....


Roti ni aku dah sapu dengan mayonis di kedua dua bahagian. Kemudian aku letak cheese selai atasnya.

Kemudian dah settle tu..aku potong roti tu kepada 4 bahagian untuk memudahkan anak2 aku makan gigit dan telan 😆

Lepas tu aku salut roti tu ngan telur yang dah dikacau. Hihi tapi kejap je rendamnya jgn lelama sebab kalo lelama ianya lembikk dan x best

Kendiannya terus goreng dan masukkan ke dalam kuali. Aku goreng mnggunakan minyak jagung dan butter amat digalakkan. Tapi hakakk xde... so mnyk jagung je le ^^

Dan ni lah hasilnyaaaa... hehe yang penting cheese tu nmpk trkeluar dan leleh leleh dari roti tersebut... kikikiki
Dan yang sangat penting anak2 hakak makan dengan lazatnyaaaa dan dimulakan dengan bismillah.

Jemput menjamuuu mata mata yang cantikkkkk ye semuaaaa...
Burpppppp
Opsssss maap 😉


Till then...



0 orang dok baca: