Dua puluh lima : #el dan #tlu



Kabare blog ku? Hihihi kita bersiaran lngsung dari tab ku sahajalah ye. Aku xdok internet dah kat rumah sekarang.. jadi, kita berternet sahajala secara live dari umah parents aku ye, heeeeeee kat kmpung ada ternet. Kt bndor umh sndiri xde ternet. Puiiiii maluje beb. Tu lahhhhh ni semua si laki xnk pasang ternet, bnyk songeh. huhhhh sabar sangat.

Ok actually xde apa sangat pun nak cerita. Aku cuma terkena sawan #tlu je. Hohoho tlu tu teman lelaki upahan. Seriously so bestttt. Novel pun best. Sanggup beli novel hasil nukilan penulisnya yang amat kreatif ni iaitu Azura Rasiddin yang mana aku telah belinya secara online kottt sebab kat bookstore semua habih. Huhuhu penangan si #el dan #kyralydia ni. Dah prnh bc buku ni tp bukan aku punya tapiiii org punya. Tapi disebabkan el yg sangat cool dalam cerita kat televisyen tu hasil garapan pengarahnya yang superb, maka aku sanggup beli online tau. Ahakssss. #karyaseni memang terbaikkkk dan juga servise #poslaju yang sangat mantap tau. dua hari je dah sampai ke rumah. aku tak jangka pun ianya akn sampai dalam masa dua hari sebabnya aku online tu khamis malam jumaat. normally ianya akan ambil masa3-4 hari bekerja. Dan alih-alih pagi sabtu tu ada dengar bunyi hon dari sebuah van pos laju..ahaksssssss aku menjerit deknonnnn. sebab rasa happy yang teramat sangat buku #el dah sampai. heheheehe 




Tapi cerita #el dahhabih kat tb. huhuhuhuhu kompem aku rasa lambat sangat nak move on. hehehee dan kompem juga aku rasa xbest kalau el berlakon dengan pompuan lain selain #kyra. hahahahahaha

Korang...
Ha cer tengok #el tu. alahaiiiiiiii. aku tak tengok cerita ni dari awal pun pada mulanya sebab rasa macam tak best je di awal permulaan tu. Tapi, esoknya tu kan..tertengok sikit, nampak je #el...PAPPPP!! jatuh cinta gua bebbbbbb. adehhhhhhhhhh sakit tau.... hahahahahah astaghfirullah.

K bai


Dua puluh empat: Resepi nasi lemak


Korang.....
semalam kan aku kan masak kan nasi lemak tau... tapikan aku kan lupa kan nak kan amik kan gambar lorrrr. Aduhaiii lamaaaaaaaa sangat aku tsk hapdate blog pssai resepi tau. Seriously internet tak ada di rumah ni amat lahhhhh susah payah. Haishhhhhhhh

Oklah, berbalik pasai nasi lemak yang aku masak ni mudah je. Kacang je. Hihi mmg guna kacang pun masak nasi lemak ni. Batu sedap nak ngunyah krappkruppkrapp ^^

bahan2 Nasi lemak
3 pot beras
2 lai daun pandan
1camca gula
1camca garam
3/4 santan kotak pun boleh
1 1/2 cawan air masak

Korang masukkan je semua ni dalam periuk nasi dan tunggu didih dan kompem bau sangat sedap dan menyelerakan. aummmmmmm..hehe

Sambil2 tunggu nasi masak korang gorengla apa yang korang nak makan. Macam aku teringin nak makan ayam goreng... aku goreng ayam... goreng telur...goreng ikan bilis...goreng kacang... timun je tak dak. Huhuhu x sedap plak.. tapi tak po lah.. bantaijela labuuuuu

nyummmmm nyummmmm

Burpppppppp kenyang

Bai



Dua puluh tiga : cer teka kalau terer





Testing testing...
jakun sekejap sebab baru beli tab dan terus update blog guna tab. Hehehe biasalah aku orang jakun yg tak pernah ada tab.. hohoho sekian..

Opsss belum..belum..
sekarang ni jam menunjukkan pukul 1 suku pagi. bagi sape sape yg payah nak lelap mata macam aku ni, apa kata korang join aku main teka teka...

Gambar kat atas tu ada 4 suis plug dgn wayar yg berselirat.. hihi tekalah suis mentol mana yg tepat ^^

Hihihi

Chow




Dua puluh dua: Happy Besday yang ke 4 tahun Firas


Assalammualaikum semua

Lama rasanya aku tak hapdate kat sini kan? hampir 12 hari aku tak hapdate kat blog ni. haisshhhhhhhhh maaplah ye semua. sekarangni untuk pengetahuan semua, akak dah tak dok internet kat rumah. aduhhhhhhhh payah sungguh rasanya nak buat kerja-kerja yang memerlukan online nih. jadinya, akak hanya menggunakan mobile data akak yang kat telefon cenonet ni je lah.

Tapi....yang sekarang ni akak kat kampung, jadi akak bolehlah hapdate blog kat kampung i uollss. haaaaaaaa nampak tak? mak ayah kat kampung akak pun guna internet. akak yang dok kat PR tu x de internet. kesian tak? haaaaaaaaa miskin benor i nih. sabojelar. entah bila laki aku nak pasang ternet pun aku x tahu. hmmmmm payah tau....payahhhh. huhhh

ok ok dah.. aku membebel lain plak, walhal tajuk aku lain. ^^. aku nak citer sikit dan nak bagitahu je yang mana anak sulung aku muhammad firas bin muhamad fauzi dah masuk 4 tahun. alhamdulillah anak ibu dah besar tapi janganlah membesar dengan cepat sayang.. huhuhuhuhuhu tak puas ibu nak gomol-gomol kamu wahai anakku (^^,)

Tiada sambutan majlis besar-besaran untuk Firas. hanya kecil-kecilan di kampung dan juga malam sebelum besday, kite orang sambut di KFC AH dan ibu dan ayah firas menghadiahkan sebuah basikal comel beroda tiga untuk dia. heehehehe alhamdulillah firas suka.

Lagi dua tahun Firas akan ke Pra sekolah dan kemudiannya akan bersekolah. aduhaiiiiii cepatnya sayanggggggggggg...




ok

baiiiiii

Dua Puluh Satu: Jalan-Jalan Tanjung Bidara


Salam 1 Malaysia... hehehe

Lama aku tak hapdate kat sini. Maaf ye semua, agak sibuk di rumah melayan anak-anak dan sudah tentunya sibuk di sekolah dengan PdP dan program yang diadakan.
Masa cuti Raya Cina minggu lepas, kami empat beranak ambil kesempatan untuk berehat-rehat dan bercuti-cuti dan berjalan-jalan ke Tanjung Bidara, Melaka. Raya Cina kompemlah jalan jammed sana sini kan? tapi alhamdulillah aku bernasib baik tak merempuh jammed di highway dan juga di bandar Melaka. ^^ sebabnya, aku pergi awal sehari sebelum hari raya cina. ngeh ngeh ngeh..
Ini kali pertama kite orang bercuti di Tanjung Bidara dan tak pernah sampai kat area ni. Jadi, on the way ke sana aku yang drive, maka berlakulah kesesatan jalan masuk simpang bulatan kecil di antara Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak. Maps tak boleh pakai betollah...... cettttt!
Pusing punya pusing punya pusing....alhamdulillah kami sampai sana pada pukul 2 suku petang ^^. Kite orang bertolak dari PR ni jam 11 lebih dan ambil masa 3 jam untuk sampai ke Melaka. Jalan agak berliku-liku, turun bukit naik bukit.. fuhhhhhhhh akhirnya sampai. Syukur sangat.

First impression aku tengok TBBR ni *Tanjung Bidara Beach Resort ni memang cantik view kolam, ruangan santainya. Cantik ^^. Nora bagi 3 bintang *** (",)
Sampai sana aku ke kaunter dan terus check in tak perlu tunggu lama di kaunter untuk masuk ke bilik. Nasib baik service baguih. Cuma kite orang tak ambil dengan set breakfast sekali. Tapi xpe, cafe kat sini okje. Macam kat cafe cafe luar. Nak order apa-apa pun boleh. So, petang tu kite orang malas nak drive keluar dan makan je kat cafe tu. 4 orang makan cuma 29.00++.. ok lah kan? kalau makan kfc pun sama je harga. hehehe..nanti aku haplod gambar makannya yer.

Oklah, jum layan gambar dulu yuk... ^^



ni roti TBBR. dalam menu tu tulis cenggini Roti TBBR. Seriously murah dan sedap dan banyak dan tebal. aku dah makan sikit tu. tengah makan baru teringat nak hamek gambor. so, jadilah rupa gitu ^^. berlapis lapis. stiap lapisan roti ni ada telur..ada ayam..ada telur lagi..ada ayam..ada telur. aku makan tak habis dan mintak tapau ke bilik. hahahahaha hada hakak kesah nk bungkuihhh? heheehe kalau kat otel-otel bosar takkan dilayannya aku nih mintak tapau bagai :PP


kentang ni penuh asalnya..anak-anak aku seronok makan sampai tinggai sikit lagu ni lah ^^


nasi ni laki den punya. biasalah orang lelaki memang cari nasik. tak de nasi tak nak makan. hahaha cettt apa punya orang daaaa


ni lah anak-anak aku yang tak sabor nak terjun sat g dalam kolam renang tu. yang luas tu selat melaka, banyak betul kapal lalu lalang kat sini ^^


nampak tak anak-anak aku dah terjun ngan apaknya? aku dok tepi je lah.. belum rasa nak terjun lagi tapi kejapje kat tepi tu...x lama pastu aku join. 


yang tu kolam orang dewasa. kite orang mandi kat kolam kanak-kanak je. hehehe


ni anak aku takot-takot nak mandi..tak lama pastu haishhhhh terjun sendiri sebab tak tinggi mana pun kolam renang kanak-kanak nih ^^. kite orang mandi jam 3lebih.... mulanya tak nak sebab panas lagi. haishhhhhh anak-anak aku buat drama nak mandi time tu juga. aduihhhhhh terpaksa lah layan.habis aku sunburn lah juga sikit. 


balik bilik je anak-anak aku layan mata. lama juga tidor dari jam nam sampai ke isyak. huhuhu bangun-bangun je terus keluar cari port nak makan. sebab apak ngn amaknya dah kelaparan ^^


yang ni keesokan harinya. dengan tak mandi lagi terus round-round kat kolam dan juga tepi pantaai. huhuhuhu jam ni lebih kurang lapan lebih pagi ni. ingat nak tengok matahari terbit. rupa-rupanya salah port. tempat kiteroang ni matahari terbenam je boleh nampak ^^


dieorang takmo mandi pantai sebab takot ombak. haishhhhh jakun betollah anak-anak aku nih. so, kiteorang main air je kat tepi tepi tu.


Kesudahnya, anak-anak aku terjun kolam tanpa tukar baju dieorang. hahahahahahha lantaklah. dapat sejam dua pun jadiklah kan? pas mandi manda naik ke bilik dan get ready nk cek out terus 


Amik gambar instagram kat TBBR.. hehehe gambar ni masa nak cek out. ramai betol orang kat kaunter, so kite orang amiklah gambar kat kawasan nih ^^


Tak lama pas masuk kete, anak-anak aku teruih ngorok kepenatan mandi kolam. ngeh ngeh ngeh.
aku pun layanlah jap mata sejam. sebab balik ni laki den plak yang drive thru...hahah opsss salah...drive balik sampai PR.

Walau dua hari satu malam je, kite orang enjoy jalan-jalan dan mandi-mandi kat TBBR. hakak bagi 3 bintanggggg ***


Sekian

chow




Dua Puluh: Farisssss ooooooo Farissss


Haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
mengeluh panjang aku malam semalam. anak oooooooo anak. farissssss ooooooo farisssss. haishhh. Alkisahnya anak aku yang kecil ni namanya faris, berumur nak masuk tiga tahun bulan empat ni dan anak aku yang kecil ni sangat menguji kesabaran ibunya yang tak berapa nak sabar semalam. :(
Macamni..

Malam semalam kami berempat makan malam di luar sahaja. laki den nak makan satay (ntah mengidam apa ntah). Malas nak drive, maka kami berempat merempit lah kononnya ke Pekan PR. Niat asal nak makan kat depan gym yang selalu aku pergi, sampai je kami kat sana. haishhhhhhhhhh HAMPA! dan HAMPEH! tak buka pula lah kedai satay ni. laki aku kata kat situ satay nya sedap sebab ada satay kijang. :)) aku teringin jugalah rasa macam mana perasaannya bila makan satay kajang tu, tapi tak kesampaian lah pula sebab TUTUP!!!! alahaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiii

So kami decide lah pergi ke kedai satay yang satu lagi yang mana agak jauh sedikit dari rumah dan kene melintas jalan. haaaaaaaaa ni yang malas nak lintas lintas naik motor, lebih-lebih lagi malam. Tapi dan laki aku mengidam, ikut kan je lah. Sampaije kat sana alhamdulillah tak berapa nak ramai. Jadi,order boleh dapat cepat sikit.

^^ Kiteorang order lah satay lembu 10, satay ayam 10 dan satay kambing 5. Kedai ni takde satay kijang. huhuhuhuhuhu takpolah next time je lah. maka, aku pun makanlah apa yang ada.
anak-anak aku memang penggemar satay terutamanya si abang a.k.a firas. alhamdulillah banyak anak-anak aku makan satay ni. suka aku tengok. ^^
ok..sedang kami makan, anak aku si firas ni berdirilah sebelah meja dan sibuk tengok atas langit
"Adik....kapal terbang..tu tu..." (sambil tunjuk jari atas langit)
"Mana-mana?" kata si adik
"tu.....tu lah adik" ayat biasa si abang..
Si faris sibuklah melompat lompat sambil tunjuk langit "kapal terbang, kapal terbang"...
"adik, jangan lompat-lompat...jatuh kang"(aku melarang)
dan tiba-tiba

BUPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP 

"Farissssssssssssssssssssssss".........(aku menjeritttt)
Cer teka apa jadi??
anak aku jatuh longkang besar. haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh anakoooooooo anak....... (aku geleng-geleng kepala)... aku cepat-cepatlah angkat si adik dan habisssssssss seluar serta seliparnya berlumur dengan kotoran longkang. heeeeeeeeeeeeeeeeeeee sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je lah anak aku si faris ni.
apa lagi lah yang boleh anak aku si faris tu buat...? menangislah kuat-kuat.
haishhhhhhhhhhhhhhhhhh malu aku. laki den lah yang bawa dan bersihkan anak aku yang kecil ni dalam toilet kedai tu. habissssssssssssssssss semua orang yang kat situ dok tengok kiteorang buat drama. hahahahahahhahahahahhahahahahahahha malu hakak.....
anakkkkkk oooooo anakkkkkkkk
mak sabarjelah ngan perangai ko ni anak-anak oit




Nampak tak anak aku seksi? haaaaaaaaaaaaaaa disebabkan seluar dan selipar dah habis lencun dek kena kotoran dalam longkang tu maka terpaksalah anak aku seksi tak berseluar untuk sementara aje sehinggalah kami selesai makan. Kalau aku bawa kereta tadi, adalah pakaian anak-anak ni dalam kereta, tapi disebabkan naik motor je, maka terpaksalah faris sejuk sekejap ye faris?
tu lah ibu dah cakap dah...jangan..jangan.. haaaaaaaaaaaaaaaaa kan dah kena.

Si Faris ni memang ligat seligat ligatnya.. haishhhhhhhhhhhhhhhh
jadi, buat ibu-ibu, mak-mak di luar sana tu, bersabarlah dengan karenah anak-anak ye.
tarik nafas...hembus nafas....
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......


k chow

sembilan belas: hoore hoore ye ^^



aku baru sahaja selesai menonton cerita hoore hoore muzikal ni, masuk ni aku rasa sudah lebih daripada 10 kali aku menontonnya. sebenarnya cerita ni dah lama dah dari tahun 2012 lagi. tapi aku suka dengan cerita ni. cerita yang sempoi, santai, lain dari yang lain dan yang penting ada pengajaran.

Dalam mengharungi kehidupan,Jangan letak pagar mengelilingi kita 

Allahyarham sudirman hj arshad

kata-kata yang dipetik dari allahyarham sudirman hj arshad. penyanyi tersohor malaysia suatu ketika dahulu.. di dalam kita mengharungi kehidupan ni, jangan kita letak pagar di sekeliling kita.. maksudnya kita keluar dari kebiasaan kita. keluar dari kepompong dan zon selamat kita. kita cipta sesuatu yang unik dan lain untuk kita lebih berjaya. pada aku tak salah kita keluar dari zon selesa serta zon selamat kita. bahkan kita akan lebih puas sebab dapat melakukan perkara yang kita minat, yang kita ada yang mana selama ini kita tak tahu pun sebenarnya kita berbakat, punyai keistimewaan dalam zon baru yang kita cipta tu.

banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam cerita hoore hoore ni. pada aku yang pertama sekali adalah, YAKIN PADA  DIRI SENDIRI. jangan kita terasa rendah diri dengan apa yang kita miliki. kita kena yakin..tanamkan dalam diri tu.."orang lain boleh buat, aku pun mesti boleh buat". Kalau kita asyik negatif sahaja, sampai bila kita tak akan ke mana.

Antara pengajaran lain yang boleh aku dapat dalam cerita ni juga, hormati ibu bapa, guru juga rakan-rakan. Hargai juga nilai persahabatan yang ada dengan menjaga adab dan batas-batas antara lelaki dan perempuan.

Walaupun cerita ni dah lama dibuat, aku tak kan pernah bosan untuk menontonnya walau diulang berapa kali. Sebab yang utama adalah ada AKIM AHMAD!!!!!!!!!!!!!!! 

oh my..oh my.. aku suka dia ^^
(**,) (**,) (**,)

sumber: pakcik google
melting..melting.. :))


sumber: pakcik google
aku blushing...blushing...
ahaksssss....:))


Pelakon utama wanita dalam cerita ini adalah Nurul Iman atau nama sebenarnya Farah Nazirah yang kini sudah pun berusia 22 tahun. Dia ni sedang menuntut di Unisel. Kalau korang pernah tengok cerita ni, si Farah ni bertumbuh gempal bukan? comel lote.. gebu..rendah.. tapi.........tu dulu.. 
Sekarang ni si nurul iman a.k.a Farah Nazirah sudah pun dewasa, cantik..cun melecun.. kurus.. ^^

sumber: pakcik google

cun kan? ....hehe masa dia berlakon dalam cerita tu berat badannya lebih kurang 63kg. dan kini berat dia 53 kg. wowww.... kurusssssssss... aku pun nak!! hehehehe... tips yang dia kongsikan (aku baca dalam blog lain)... dia tak makan nasi untuk kurus. WOW!! mampukah aku??? ^^

*Nurul iman boleh...aku pun bolehhhhhh! chaiyok!!


k chow