^^ Banjir oooooo Banjir oooo

Air dah mula naik di kawasan sekitar parit raja nieh. berjaga-jagalah wahai penduduk di parit-parit yang ada di sekitar parit raja neh.. :) Tapi, malam ni hujan dah mula reda dah. Dah takde bunyi rintik-rintik hujan pun, gerimis pun takde hanya angin kuat yang ada.. Alhamdulillah akhirnya hujan dah rede.


^^
Bukan apa, kain-kain basuhan tak kering-kering, walhal sudah 3hari menjemurnya. Matahari tiada, tiada rasa panas, bahang langsung tiada, masuk siang tadi 3 hari berturut-turut hujan tiada henti. Sadis tol. 


^^
Hubby ku kata, rumah kawan dia sudah naik air paras pinggang dan juga paras paha. haaaaa hamekkk! kesianlah haii.. syukur rumah pak mertuaku dan rumah mak ayahku tidak naik air. :) Kalau tidak, kenelah tinggal kat pusat-pusat penempatan banjir plak dahhhh.. 


^^
Harini seharian aku keluar rumah dan teman hubbyku menyiapkan kerja- kerjanya yang last minit tu. hahaha.. Jam 1030am dah keluar rumah, hari memang hujan je lar..nak nampak matahari pun susah. :( On the way ke sekolah hubby tu, air dah mula naik kat kawasan perkampungan tu. boleh dikatakan paras buku lali.. ada juga yang paras betis.. sadisnya. Bila lalu depan rumah-rumah kampung nih, ada yang dah angkut tilam+toto+bantal masuk dalam kereta. Aduyaiiii....dugaan tol..


Maaflah ya, gambar kurang jelas. ^^

Ni jelas sikit, haha teddy nak interprame gak ^^

^^
Harapnya esok mentari muncul kembali.....amin :)

1 orang dok baca:

mrs.lazura said...

hujan sudah berhenti, tapi........... main cak cak ba pulak dahhh... :P