enam: Live Update from School



Live update from school

Jarang-jarang aku dapat berblog dari sekolah ni. ohoiiiiiiii

Aku kat sekolah lagi hari ini. Aku mengemas lagi kelas yang masih bersepah dan tak menyedapkan mata ini. Biasalah perempuan, walau dah kemas masih tetap juga nak kemas lagi dan lagi dan lagi.
Hari ni line internet alhamdulillah baik sekali dan aku harap dah naik sekolah minggu depan pun masih baik juga dan berfungsi dengan biasa. Biasalah sekolah SKM ni, terceruk di dalam kawasan luar bandar. Walau dah dibetulkan banyak kali line ni masih juga sama.. masaalah utama adalah MONYET. monyet banyak di kawasan skolah ni, hobi utama monyet-monyet ini adalah mengigit wayar, bergayut di pagar hijau dan juga bergoyang-goyang di menara tinggi. Ko menaari disko plak ye monyet? ^^
Jadi, tak boleh buat apa. mahu dihalau, makhluk tuhan juga..sabar ajelah.

Ok, aku melalut pasal internet. Aku nak cerita je yang aku tengah kemas kelas aku yang tak seberapa ni. Tahun ni tak beli apa sangat cuma rak almari buku untuk meletakkan file-file yang banyak. Nasib boleh claim. hehehheeeh ^^

Ni le rupa kelas aku dari luar. dari dalam, maaplah tak boleh show off sebab bersepah sangat. ni pun gambar lama sebab aku dok cari dalam komputer terjumpa yang ini. hehe


aku tak sure tahun berapa ni. rasanya 2013 ni.

aku ngajar pemulihan khas dan selama ini peruntukan tak berapa nak ada, banyak guna duit sendiri dan kalau aku beli yang beratus-ratus barulah aku akan claim. ^^ Kalau setakat yang biasa-biasa ni tak payahlah nak claim bagaipun sebab untuk anak murid aku juga kan (",)


ok chow


0 orang dok baca: