^^ Malam ni..


malam ni adalah malam Nisfu Syaaban, iaitu malam yang dikenali sebagai malam pengampunan. segala amalan kita selama setahun ni akan diangkat ke langit dan diganti dengan catatan buku yang baru. Janganlah kita sia-siakan akan kelebihan malam nisfu syaban ini. Nisfu Syaaban malam pengampunan bagi kita hamba Allah yang kurang lagi daif ini untuk kita menadah tangan berdoa. Mudah-mudahan segala amalan kita diterimaNYA dan dosa-dosa kita mendapat keampunan dari yang ESA. INSYALLAH. amin


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci"  (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).


Tiada sandaran dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW tentang amalam membaca yasin sebanyak 3 kali,. Namun, tak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut. Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI baca yasin 3x. Itulah yang salah.


Selamat MALAM NISFU SYABAN....:)


0 orang dok baca: