^^ Pergi Kenduri Kahwin Tanpa....

Semalam, aku pergi majlis kenduri kahwin di S.Renggam. Kazen aku kahwin iaitu mak kakak (nama manja). hehehe.. kazen aku nih anak kepada pakcik aku belah ayah (abg ayah aku), kazen aku ni anak ke 4 dari 5 beradik. cantik woooo.. cun.
dan semalam aku telah pergi ke kenduri kahwin itu tanpa ditemani oleh hubby dan anakku. huhuhu sedihhhh (mood sedih ni)..ye arr selama ni kalau ke mana-mana kami akan pergi bertiga, tapi semalam aku keseorangan. uwawawa..... hurmm tapi kenapa?
sebabnya........
hubby aku demam dan badan anak ku dedar-dedar gitu.. hangat-hangat jek tapi tak demam, ni mungkin kesan dari kesan injection selasa lepas. huhuhu cian nya anak ibu ni. hubby plak demam sebab tak cukup rehat dan badannya panas dalam. mana tidaknya hari jumaat dan sabtu kelmarin dia sibuk dengan majlis nikah dan kahwin kawan baik dia.. yeke kawan baik? ahaksss.....

so, aku ambil keputusan pergi ke majlis kahwin itu sorang-sorang. kalau aku tak pergi lagilah melampau kan? yelar, kazen aku..anak pakcik aku plak tu. uishhhh tak elok lah kalau tak pergi.. lagipun tak lah jauh mana.. 1jam je perjalanan..hohoho :) dah lama aku tak survive drive sorang-sorang larr.. masa anak dara pergi ke mana-mana saje sorang-sorang.. JB? KL? Melaka? N.9?..sorang-sorang pun jadi je..hahahahaha

hubby larat lagi nak jaga firas walaupun demam. huhu cayalah! tapi, aku pergi pun kejap je.. aku pergi jam 11 pagi dan pulang jam 3petang..tak sampai hati nak tinggal lama-lama. kat rumah kazen aku tu pun aku dok asyik tengok jam dan kol hubby tanya keadaan.. so far ok.. huhuhu.. bila aku kol hubby, firas tengah melalak.. aku tanya hubby kenapa tu? hubby kata firas nak tidooo..ooooo lega aku.. aku ingat kenapa lah tadi..

di majlis kahwin tu rata-rata makcik, pakcik sepupu sepapat tanya mana hubby dan anak? huhuh.... jawapan aku..demammmm.. ciannn..:P

ni lar muka hubby dan firas yang demam..alolololololo ciannyaaaa...

hubby tgh tidoo...tak sedoooor langsung...

firas yang nyenyakkk...cian anak ibu..

alhamdulillah hari ini hubby dan firas dah sehat seperti sedia kala..cuma hubby batuk-batuk tu biasalah... "rajin sangat" makan ubat..sebab tu lah.. hehehe
dan firas pun ceria seperti selalu, setia dengan gocehnya yang hanya difahami oleh dia...heheehe :)

ni lah mak kakak..kazen aku yang kahwin semalam :)
jelita kan?..

sebelah mak kakak ni adalah aku, heheh tapi gambar terpaksa di "cut" atas sebab keselebetan aku..hahaha (aku comot larr)..so, kita tengok pengantin yang jelita je ini ya?
hahahhaaha


2 orang dok baca:

faiez said...

aler..i nk tgk pic u lar....xde maknenyer comot

FeiZura said...

alerrr segan aihhh