^^ Ceramah oOOoOooo Ceramah

Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan sangat bersemangat nak pergi dengar ceramah ni. :) Ceramah apa? hehehe.... Teman Kamar Bersalin. korang mesti tahu kan ceramah tu tentang apa? hehe.. ceramah khusus untuk suami-suami menemani isteri di wad bersalin. Yeay! Ceramah tu bermula jam 8pagi lagi.. dan aku bajet mesti sampai lambat, yelar bertolak jam 7.30am. Nak sampai kat Sepital tu selalunya 45minit, tapi hehe jalan sangat clearr, kereta pun tak banyak lagi so setengah jam pun dah sampai. aku dan hubby antara yang terawal sampai, berkobar-kobar nak dengar nih! haha (poyoss). Ceramah ni bermula jam 8pagi dan habis tepat jam 10pagi. alhamdulillah tak lama, ku ingatkan hingga ke tengahari. :P nasib baik.


^^
Tapikan, yang tak bestnya ada sorang staff nurse nih yang masam mukanya. aku tahular ko dah berpengalaman dan otai kot ya pun senyum senyum lah sikit. apalar...buat orang ngata ko jek pagi-pagi nih. aku ingat aku sorang je yang perasan, rupanya ada juga pasangan suami isteri yang perasan. malas nak tengok muka staff nurse tu, nasib baiklah penceramah yang lagi sorang nih peramah dan senyum jek. kan bagus..senyum pagi-pagi, murah rezekinya INSYALLAH. :)


^^
Ceramah ni sangat bagus, antara point-point yang ditekankan buku merah yang mesti selalu di bawa oleh bakal-bakal ibu walau ke mana saja pergi hatta ke pasar sekali pun mesti di bawa. hehe.. buku merah ni sangat penting, mesti ada sewaktu pergi ke sepital untuk dieorang buat rujukan nanti. Keduanya, para-para suami dikehendaki menandatangai surat akujanji yang berwarna kuning. dan macam-macam lagilar. kat bp, ceramah ni dah dimulakan sejak 2008 lagi, sebelum ini tak dibuat ceramah sebegini. sebelum ini juga, kalau para suami nak temani isteri hanya akan dipanggil bila kepala bayi dah keluar di pintu rahim isteri dan barulah suami boleh masuk menemani dan bagi semangat pada isteri. Sebab ada pernah berlaku kes sebelum ini yang mana para suami tersalah menemani isteri. (pelikkan? sang suami tak kenal isteri? tapi, mungkin si suami sangat cemas dan tak perasan akan muka isterinya.. sebab itu lah tersalah) ..mungkinlar..


^^
Program Teman Kamar Bersalin


Borang akujanji yang perlu ditandatangani oleh suami dan saksi


Buku merahku yang dah comot :P

^^
Selesai sudah ceramah tu, aku dan hubby sangat lapar. aku ajak hubby makan di kedai di bukit pasir iaitu kedai soto yang sedap sebab ada bergedil yang lazat, tapi malangnya tutupppppp! arghhh tension. tak dapat lagi :( kemudian, hubby ajak pergi ke kedai asam pedas sebab dia plak teringin nak makan ikan sembilang asam pedas ali yang glamer kat bp nih. YES! nasib baik kedai buka di kala-kala cuti raya cina nih. TAPI, malangnya ikan sembilang takdok! :( cianlar hubby kempunan. jadi, kami makanlah ikan pari asam pedas yang sangat lazat. nyum-nyum.

BURPPPPP..aku rasa sangat puas hari ini sebab dapat dengar ceramah, dan hubby pula puas sebab dapat makan asam pedas dan kekenyangan sampai ke saat ini..

p/s: hehe..aku tak masak lagi sebab hubby kenyang lagi. (haha...malas sebenarnya nih) :P

1 orang dok baca:

mrs.lazura said...

Cuma, patutnya bagilah flyers agar boleh baca lebih lanjut. :)