^^ Part Time..Ngeh..Ngeh..Ngeh

Malamni secara rasminya hubby buat part time tuisyen. ngeh ngeh ngeh. Pada mulanya dia memang agak malas nak buat tuisyen-tuisyen ni, tapi disebabkan desakan dan permintaan dari jiran yang beria-ia mahukan hubby mengajar anaknya diajar oleh hubby, maka dengan tak sampai hati serta ikhlasnya hubby menerima. hehehe :) oppsss..
(kalau ikhlas, takleh cakapkan?hehe..insyaALLAH ikhlas).
^^
Jadi, untuk malam ni hubby sedang mengajar mata pelajaran bahasa melayu, esok pula mata pelajaran bahasa inggeris dan lusa adalah mata pelajaran matematik. 


^^
Esok giliran aku pula iaitu bahasa inggeris. alamak..dah ler lemau sikit bahasa inggeris ni, tapi xpe..boleh insyaALLAH dan matematik pun hubby yang nak ajar. Aku ajar bahasa inggeris, jadi aku kena 'study' dululah nampaknya. :P. Kalau dilihat dalam buku teks bahasa inggeris tahap 1 ni, 'level' nya masih rendah lagi dan harap-harap budak ni bolehlah belajar dengan mudah dan lancarnya. 


^^
Study time....muahahaha otak tepu dan lemau nih.

1 orang dok baca:

mrs.lazura said...

bolehlar.....janji layan :P