^^ Semalam Pergi KK..

KK? bunyi macam pergi kota kinabalu kan? hehehe tapi tu dulu..di saat-saat tengah sarat nih nak naik kapal terbang pun dah tak boleh taww..uhuk uhuk ^*..takplear, postpone okeh. Dan semalam aku yang pergi kk. a.k.a Klinik Kesihatan lorr.. masuk ke minggu ni, kandungan aku dah mencecah 35 minggu. berdebar-debar jantungku berdebar..ahaks ahaks..


^^
Dan semalam aku yang pergi ke kk untuk cek dengan doktor sbb doc di kk hanya ada pada hari rabu pagi sahaja setiap minggu. tapi, aku datang dalam jam 12pm bajet nak jadi orang yang terakhir dan boleh lagi diterimalah kan? tapi..uhuk uhuk..dah tak boleh. hohoho doc nak balik HB plak dah. hurmm..padan muka aku, tapi tak mengapalah sebab tujuan utamanya nak minta sign doc untuk GL. hehehe..


^^
Jadi, aku pun pass je borang tuh kat kaunter dan dia pi jumpa doc tuk dapatkan sign, syukur sekejap aje. tak payahlah nak tunggu lama-lama hanya untuk mendapatkan sign doc tuk GL tuh. Masa di kk tu jugak, aku jumpa kwn sejawatan aku dari sekolah yang lain, borak punya borak rupanya due date dia dah lebih 3 hari. wow! @@ walau sudah lebih hari, aku tengok dia still maintain dan takde rasa takot atau cemas langsung. Dia sangat cool dan maintain rilex, kalau aku kat tempat dia..tak dapat nak kata..berdebar sepanjang masa. hehehe..dia rujuk pada doc tentang kes dia yang terlebih hari, doc arahkan agar dia ditahan di hospital bermula sabtu ini. alamak...hohoho, kalau boleh dia tak mahu bersalin secara dipaksa. kalau boleh biarlah baby tu keluar dengan sendirinya..tp, takot juga kalau baby tu dah lemas nanti.. sian kawanku sorang nih.. moga-moga dia dipermudahkan bersalin. amin ^^


^^
Dan esok aku akan berjumpa gynea ku jugak.. heheehe :) dua dalam satu wokeh.. takpelar, moga baby dan ibu selamat.. mudah-mudahan mendapat keredhaan dariNYA, dan dimudahkan segala urusanku dengan keizinan dariNYA. amin 


^^
Dan yang pastinya esok bermacam-macam soalan aku nak tanya, list dah ada nih. hehehe moga-moga apa yang aku nak tanya tak terpesong. hahaha.. 
poyo jek, karang esok lupa dah apa nak ditanyakan.. ngeh..ngeh..ngeh..
* oh yer, kawan sekolah lamaku juga a.k.a gee dah kuar tanda untuk bersalin. dia dan aku hanya beza 1minggu sahaja dan sekarangni dia on d way balik dr KL ke BP. Semoga ko selamat bersalin gee. tak sabar aku nak tengok hatta junior. hehe chaiyok!

2 orang dok baca:

faiez said...

time menunggu hari mmg tu la perasaan nyer..it's norm my dear..xpe...just follow the flow ok!!!tc

mrs.lazura said...

tq dear faiez. tp tu lar, debaran tu tetap ade. huhuhu.. moga selamat semuanya :)